Ahad, 27 April 2014

TASBIH ,TAHMID DAN TAKBIR PENGHAPUS DOSA.



Sebut soal mati ,pastinya ramai  yang takut untuk berhadapan dengannya.Takut dengan azab kubur yang diceritakan dalam pelbagai versi.Takut jua dengan pukulan malaikat Mungkar dan Nakir yang sentiasa setia dengan tongkat pemukulnya.Juga takut dengan keadaan kubur yang bergitu gelap.Apatah lagi mengenangkan  dosa-dosa yang terlalu banyak dilakukan, saat menunggu kematian membuatkan setiap jiwa resah gelisah.

Namun sebagai umat yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan , Allah menunjukkan jalan kepada setiap hamba-hamba-Nya agar sentiasa bertasbih, bertahmid dan bertakbir dengan nama -Nya.Tujuannya untuk apa ? Tidak bukan adalah sebagai penghapus dosa-dosa yang kita lakukan sama ada secara nyata mahupun tersembunyi.

Yakinlah,  bahawa Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani. Usah buruk sangka kepada Allah kerana Allah tidak seperti manusia yang ada kala masih menyimpan perasan dendam sekalipun permohonan maaf telah di buat.

Dalam sebuah hadis ada menyebutkan , daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a,w. baginda bersabda, "Barang siapa membaca tasbih (Subhanallah )setiap selesai solat sebanyak 33 kali ,dan membaca tahmid (Alhamdulillah ),33 kali, serta membaca takbir (Allahuakbar )33 kali, kemudian disempurnakan yang ke 100 dengan membaca , "Laillaha illallahu wahdahu la syarikalahu mulku walahul hamdu,wa hua, "ala kulli syai 'in qadir',akan diampunkan segala kesalahannya walaupun sebanyak buih lautan." HR Muslim.


Tiada ulasan: