Ahad, 27 April 2014

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA


Keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya.Tidak pernah putus asa belas kasih,sayang dan pengorbanan ibu kepada anaknya sejak lahir sehingga mencecah usia insan hingga ke hari ini. Darjat ibu sangat tinggi .Di dalam beberapa surah al -Quran ada ditekankan mengenai keperluan tuntutan anak kepada ibu bapa tetapi penekanannya lebih kepada ibu.

"Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua -dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan. "
                           
                                  (Luqman 31:14 )

Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada Allah.Taat Allah, berbuat baik kepada ibu bapa,Ia perkara yang paling penting selepas taat kepada Allah.Seorang anak pastinya terhutang budi dengan ibunya.Pengorbanan ibu tidak dapat diukur dan dibandingkan.Ia adalah melebihi daripada segala pengorbanan.Cubalah sedaya upaya dan semampu kita untuk membahagiakan hidup seorang ibu selagi mereka berada di sisi kita. Ingatlah , setitik air mata ibu yang tumpah daripada perbuatan sama  pedihnya seperti sebutir peluru yang manembusi dadamu.

" Ibu tiada sutera yang bergitu lembut seperti belaian ibu,
  Tiada tempat yang paling nyaman selain pangkuan ibu,
  Tiada bunga yang lebih cantik selain senyuman ibu,
  Selamat hari ibu kepada yang bergelar ibu dan bakal ibu,
  Untuk kali ini hingga ke akhirnya,"
  Wallahualam.





TASBIH ,TAHMID DAN TAKBIR PENGHAPUS DOSA.



Sebut soal mati ,pastinya ramai  yang takut untuk berhadapan dengannya.Takut dengan azab kubur yang diceritakan dalam pelbagai versi.Takut jua dengan pukulan malaikat Mungkar dan Nakir yang sentiasa setia dengan tongkat pemukulnya.Juga takut dengan keadaan kubur yang bergitu gelap.Apatah lagi mengenangkan  dosa-dosa yang terlalu banyak dilakukan, saat menunggu kematian membuatkan setiap jiwa resah gelisah.

Namun sebagai umat yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan , Allah menunjukkan jalan kepada setiap hamba-hamba-Nya agar sentiasa bertasbih, bertahmid dan bertakbir dengan nama -Nya.Tujuannya untuk apa ? Tidak bukan adalah sebagai penghapus dosa-dosa yang kita lakukan sama ada secara nyata mahupun tersembunyi.

Yakinlah,  bahawa Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani. Usah buruk sangka kepada Allah kerana Allah tidak seperti manusia yang ada kala masih menyimpan perasan dendam sekalipun permohonan maaf telah di buat.

Dalam sebuah hadis ada menyebutkan , daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a,w. baginda bersabda, "Barang siapa membaca tasbih (Subhanallah )setiap selesai solat sebanyak 33 kali ,dan membaca tahmid (Alhamdulillah ),33 kali, serta membaca takbir (Allahuakbar )33 kali, kemudian disempurnakan yang ke 100 dengan membaca , "Laillaha illallahu wahdahu la syarikalahu mulku walahul hamdu,wa hua, "ala kulli syai 'in qadir',akan diampunkan segala kesalahannya walaupun sebanyak buih lautan." HR Muslim.