Isnin, 19 Mei 2014

MANISNYA BERIBADAH


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ;

 "Solat itu tiang agama (sesiapa mendirikannya bererti dia mendirikan agama ,dan sesiapa yang meninggalkannya bererti dia meruntuhkannya )."

UNTUK MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT :

.Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang afdal di dalam masjid )
.Menjaga makan dan minum agar terjamin halalnya.
.Membanyakan sedekah kepada fakir miskin.
.Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air kecil.
.Memahami segala bacaan dalam solat.
.Membaca surah al-Nas ,selawat dan istighfar sebelum mengangkat takbir.
.Mengingati mati dan membanyakan bahawa itulah solat yang terakhir.


Ahad, 18 Mei 2014

SI PENDUSTA YANG BERKATA BENAR


  Pada satu bulan Ramadhan , Abu Hurairah  r.a pernah di tugaskan oleh Rasulullah s.a.w  untuk menjaga hasil zakat yang dikutip dalam bulan tersebut di satu kawasan .satu malam ,seseorang datang ke tempat tersebut dan mencari-cari makanan daripada hasil zakat itu. Abu Hurairah segera pergi ke arahnya dan berjaya menangkapnya, lalu berkata : "Aku pasti akan membawa mu kepada Rasulullah s.a.w. Namun orang itu menjawab : "Sesungguhnya aku sangat berhajat ,dan aku mempunyai tanggungan keluarga .Aku benar-benar berhajat ." Beliau berasa kasihan dengan jawapan itu lantas membebaskannya.
  Keesokan harinya ,Rasulullah s.a.w. bertanya : "Wahai Abu Hurairah ,apakah yang dilakukan oleh      tawananmu malam tadi?""Dia mengadu dengan keperluan yang amat mendesak dan tanggungan keluarga,Lalu,saya kasihan kepadanya dan membebaskannya," jawab Abu Hurairah kepada Banginda.Baginda bersabda;"Sesungguhnya dia telah berdusta kepadamu dan dia akan kembali lagi."
  Beliau sangat yakin dengan jawapan  Baginda bahawa dia akan kembali,dan ketika beliau menantinya dia benar-benar datang semula untuk mencari dan mengambilsedikit makanan.Sama seperti sebelumnya,Abu Hurairah berjaya menangkapnya dan ingin membawanya mengadap Nabi s.a.w.Tetepi,dia tetap memberikan jawapan yang sama dan berjanji tidak akan kembali lagi.Beliau terus melepaskannya dan bertemu dengan Baginda pada keesokan paginya.Baginda bertanya:"Wahai Abu Hurairah,apakah yang telah tawananmu lakukan?"Wahai Rasulullah,dia mengadu dengan satu keperluan yang  amat mendesak serta tanggungan keluarga.Lalu ,saya kasihan kepadanya dan membebaskannya,"jawab beliau.Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:"Sesungguhnya dia telah berdusta kepadamu dan dia akan kembali lagi."Pada malam ketiga,beliau menanti lagi.Benar seperti yang disabdakan Baginda,orang itu datang kembali mencari-cari makanan daripada hasil zakat bulan Ramadhan yang telah dikumpulkan.Beliau berjaya menangkapnya buat kali ketiga dan kali ini beliau nekad akan membawanya menghadap Nabi s.a.w. Namun pencuri itu menjawab:"Lepaskan aku.Aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat yang Allah akan memberikan manfaat kepadamu melaluinya:"Abu Hurairah berkata:"Apakah ia?"Dia menjawab ."Apabila engkau hendak tidur ,bacalah ayat al-Kursi hingga habis.Sesungguhnya engkau akan sentiasa dinaungi dan dalam pemeliharan Allah.Syaitan tidak akan mendekatimu sehingga bangun keesokan paginya."Selepas itu Abu Hurairah membebaskannya.
  Keesokan harinya ,beliau bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya:"Apakah yang dilakukan oleh tawananmu semalam?"Beliau menjawab :"Wahai Rasulullah ,dia mendakwa bahawa dia mengajarkan kepada saya beberapa kalimat yang Allah akan memberi manfaat kepada saya melaluinya.Lalu ,saya pun membebaskannya."Baginda bertanya:"Apakah kalimah itu?"Beliau menjawab :Dia berkata kepada saya :"Apabila engkau hendak tidur ,maka bacalah ayat al-Kursi daripada awal hingga habis Nescaya engkau akan sentiasa berada bawah pemeliharan Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu sehingga keesokan paginya."Baginda bersabda :"Sesungguhnya dia telah berkata benar kepadamu sedangkan dia adalah pendusta.Kamu tahu dengan siapa kamu berbicara sejak tiga malam lalu wahai Abu Hurairah?"Beliau menjawab:"Tidak."Baginda bersabda:"Itulah syaitan."

   PENGAJARAN
1.Ayat al-Kursi mengandungi pelbagai fadilat yang besar.
2.Melazimi bacaan ayat al-Kursi sebelum tidur
3.Sentiasa berlindung dengan Allah s.w.t daripada gangguan syaitan melalui ayat al-Quran.