Rabu, 23 April 2014

ISLAM MENGGALAKAN KESEDERHANAAN.



Riwayat ;Al -Ibn -Najjar,

Kategori ;Akidah,

Hadith;

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya ;Allah memberikan Rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari  harta dengan jalan halal dan  membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.

Huraian Hadith ;

1)Pengawalan terhadap keinginan dan desakan hati adalah amat perlu sebagai satu cara untuk mengawal
 nafsu boros.

2)Rezeki dan kemewahan hidup semuanya datang dari Allah S.W.T.Oleh itu sikap berlumba-lumba mengumpul  harta dan kemewahan harus dielakkan kerana ia menunjukkan sikap rakus dan boleh memberikan risiko yang tidak baik dalam perhubungan sehingga menyebabkan berlakunya permusuhan sesama sendiri.

3)Cara membelanjakan harta menentukan hidup seseorang itu berkat atau tidak di mana kehidupan tidak akan menjadi tenang jika harta disalurkan atau  digunakan pada perkara-perkara yang haram dan tidak halal.

4)Bersederhana dalam berbelanja bermaksud bahawa seseorang itu apabila berbelanja dia tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kedekut tetapi berada di tengah-tengah antara dua keadaaan tersebut.
(Rujuk Surah Al -Furqan ;67 )

Tiada ulasan: