Rabu, 23 April 2014

ISLAM MENGGALAKAN KESEDERHANAAN.



Riwayat ;Al -Ibn -Najjar,

Kategori ;Akidah,

Hadith;

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya ;Allah memberikan Rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari  harta dengan jalan halal dan  membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.

Huraian Hadith ;

1)Pengawalan terhadap keinginan dan desakan hati adalah amat perlu sebagai satu cara untuk mengawal
 nafsu boros.

2)Rezeki dan kemewahan hidup semuanya datang dari Allah S.W.T.Oleh itu sikap berlumba-lumba mengumpul  harta dan kemewahan harus dielakkan kerana ia menunjukkan sikap rakus dan boleh memberikan risiko yang tidak baik dalam perhubungan sehingga menyebabkan berlakunya permusuhan sesama sendiri.

3)Cara membelanjakan harta menentukan hidup seseorang itu berkat atau tidak di mana kehidupan tidak akan menjadi tenang jika harta disalurkan atau  digunakan pada perkara-perkara yang haram dan tidak halal.

4)Bersederhana dalam berbelanja bermaksud bahawa seseorang itu apabila berbelanja dia tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kedekut tetapi berada di tengah-tengah antara dua keadaaan tersebut.
(Rujuk Surah Al -Furqan ;67 )

BERITA KEMATIAN WARGA PNM POSMALAYSIA



Adalah dengan dukacitanya di maklumkan seorang kakitangan warga PNM Shah Alam yang bertugas di unit Posdaftar iaitu En Shaharuddin B Zainal Abidin (NP 12880) telah kembali ke Rahmatullah pada malam semalam, 22 April 2014 (Selasa )jam 10 malam  di HKL setelah koma dari 27 .01.2014 hingga 22.04.2014 akibat darah tinggi.

Jenazah beliau telah di kebumikan  di Tanah Perkuburan Islam Tmn Ibu Kota Kuala Lumpur, Jam 11 pagi pada 23 April 2014.Marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yangberiman.

AL -FATIHAH.