Rabu, 17 Disember 2014

SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM



   Daripada Tsauban r,a.berkata ; Rasulullah s.a.w Bersabda,"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mangerumuni talam hidangan mereka".Maka salah seorang sahabat bertanya ,"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu ?'.Nabi s.a.w. menjawab "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali ,tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh -musuh kamu dan Allah akan mencempakkan kedala hati kamu penyakit  "Wahan ". Seorang sahabat bertanya ; :Apakah wahan itu hai Rasulullah ?"Nabi menjawab "Cinta pada dunia dan takut pada mati.

                                                                                                                                   H.R.ABU DAUD

Selasa, 9 Disember 2014

ISLAM PADA NAMA SAHAJA

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a berkata ;

    Telah berkata Rasulullah s.a.w ,;"Sudah hampir sampai  suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada islam itu kecuali hanya pada namanya dan tinggal daripada al quran itu kecuali hanya tulisannya.Masjid -masjid mereka tersergam indah tetapi ia kosong daripada hidayah.Ulama mereka adalah sejahat-sejahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan ) langit .Dari mereka berpunca fitnah dan mereka fitnah itu kembali.
                                                                                                                          H.R AL.BAIHAQI
KETERANGAN
      Kalau kita perhatikan dunia islam pada hari ini keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah di nyatakan oleh Rasulullah s.a.w.ini.Kalau belum sampai pun ,ianya sudah mendekati ke sana .Ulama yang di masudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari ke semasa.

Sabtu, 29 November 2014

                                       
                          JANJI ALLAH ITU PASTI



Sabtu, 15 November 2014

SEKITAR PROGRAM KORBAN
SURAU AS-SALAM  7 OKT 2014



Ahad, 21 September 2014

SENARAI KAKITANGAN PENERIMA SUMBANGAN

SENARAI KAKITANGAN PUSAT MEL NASIONAL YANG MENERIMA SUMBANGAN KEMATIAN BULAN OGOS 2014

MENSUKURI NIKMAT ILAHI


PERINGATAN KEPADA KITA SEMUA


KULIAH USTAZ HARYANTO RIZAL

SESUNGGUHNYA SOLATKU,IBADATKU,HIDUPKU DAN MATIKU HANYA SEMATA-MATA HANYA UNTUK ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM.

BERITA KEMATIAN KAKITANGAN PUSAT MEL NATSIONAL

Adalah dengan dukacitanya di maklumkan bahawa IP Rahmad B Ada yang bertugas di bahagian Kuality Pusat Mel Nasional, telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis 18/9/2014 jam 11.40 malam di Pusat Rawatan KPJ Shah Alam,akibat implikasi buah pinggang dan penyakit lain.Jenazah beliau telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Jalan Kebun Shah Alam pada hari Jumaat sebelum solat Jumaat.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
AL-FATIHAH

Selasa, 2 September 2014

BACALAH AL- QURAN WALAUPUN SEMINIT

Seharian berkerja menjadikan kita lupa dan tidak sempat membaca al-quran.Malam pula sudah kepenatan dan semangat untuk membacanya mungkin sudah hilang.Namun .al-quran tetap perlu dibaca kerana ia mampu    membuat kehidupan kita lebih teratur dan tenang.Sekiranya tidak,meninggalkannya boleh               menjadi punca stres dan menghilangkan nikmat ketengan.Namun jangan risau !Sesibuk mana pun kita pun ,sebenarnya kita masih mempunyai masa .Antaranya cara yang boleh dipratikkan termasuklah;

*Biasakan membaca al-quran pada waktu pagi sebelum ke kerja atau ke sekolah.Fahamilah sekali maknanya.
*Pasang bacaan ayat-ayat al-quran ketika dalam perjalanan dan ikut sama membacanya
*Downlode aplikasi al-quran dalam telefon bimbit bagi memudahkan untuk membacanya di mana sahaja
*Gunakan waktu rehat untuk membaca al-quran. Seminit pun cukup.

TAHUKAH ANDA ?

Membaca al-quran pada waktu pagi mampu memberikan perasaan yang tenang dan fikiran yang positif.Malah,kerja menjadi lebih efektif dan fokus belajar akan meningkat.

TAKWA & PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Daripada Abi Najih"irbadh bin Ariyah r.a. berkata : "Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan airmata kami ketika mendengarnya,lalu kami berkata; Ya Rasulullah ! Seolah - olah ini adalah nasihat yang  terakhir sekali maka berikanlah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba.Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak.Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar )dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.
                                                                                             H R ABU DAUD DAN TARMIZI



KETERANGAN .

Hadis di atas mengandungi pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah s.a.w.

1. Hendaklah bertakwa kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjahui segala laranganNyaan
2. Mentaati pemerintah dan penguasa walaupun mereka adalah daripada golongan hamba asalkan mereka berpegang dengan al-Quran ,sunah Nabi s.a.w. dan sunah-sunah khulafah Ar Rasyidin.
3. Berpegang teguh kepada sunah Nabi s.a.w. dan para khulafah Ar Rasyidin Al Mahyidin (Abu Bakar,Omar,Osman dan Ali r.a.)yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t. iaitu berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunah wal jamaah yang mana  hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
4. Menjahui perkara-perkara bid'ah dholalah ,iaitu apa jua fahaman dan amalan yang bercanggah dengan ajaran agama islam.


 

Khamis, 12 Jun 2014

BERITA KEMATIAN KAKITANGAN PUSAT MEL NASIONAL

Adalah dengan dukacitanya di maklumkan dua orang kakitangan Pusat Mel Nasional telah meninggal dunia pada 27 mei 2014 dan 6 jun 2014,Kedua-dua kakitangan terbabit iaitu En Abdul Jalil bin Yusoff yang bertugas di Unit Pengurusan Pengangkutan (GTM) PMN telah meninggal dunia pada 27/5 akibat kemalangan Jalan Raya  ketika dalam perjalanan pulang ke kampuangnya di Muar Johor.Jenazah beliau telah di kebumikan di kampung halaman beliau di Muar Johor.Kakitangan seterusnya En Zulkifli b Salleh yang bertugas di Bahagian Penerimaan PMN telah meninggal dunia pada 6 Jun 2014 akibat serangan jantung, ketika sedang berehat di bilik rehat pejabat GTM,Jenazah beliau telah di kebumikan di tanah perkuburan Ayer Lanas Jeli Kelantan.Seluruh Warga Pusat Mel Nasional merakam ucapan takziah buat keluarga kedua-dua kakitangan terbabit,Semoga roh kedua-dua kakitangan terbabit di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Isnin, 9 Jun 2014

BERKAT DOA IBU

Ada sebuah kisah yang di ceritakan oleh al-Hafiz al-Dzahabi dalam Siyar A'Lam al-Nubala.Kisah itu berkenaan riwayat hidup Imam Sulaiman bin Ayub al-Razi (w.447H).Beliau seorang ulama besar mazhab al-Syafi'i di kota Ray.
 Ketika berusia 10 tahun ,Sulaiman al-Razi belajar al-Quran daripada seseorang guru.Apabila disuruh membaca al-Fatiha,beliau banyak melakukan kesalahan.Meskipun berkali-kali mencuba,beliau tetep tidak dapat membaca dengan betul.
 Gurunya lalu bertanya:"Ibumu masih hidup?"Sulaiman berkata :"Ya". Gurunya berkata lagi:"Minta ibumu berdoa agar kamu di permudahkan membaca al-Quran dan semua ilmu." Sulaiman pulang ke rumah dan melakukan seperti yang di perintahkan gurunya.Beberapa tahun selepas itu,Sulaiman al-Razi terkenal sebagai seorang ulama besar.Bahkan,kebesaran namanya masih hidup sehingga ke hari ini.

Isnin, 19 Mei 2014

MANISNYA BERIBADAH


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ;

 "Solat itu tiang agama (sesiapa mendirikannya bererti dia mendirikan agama ,dan sesiapa yang meninggalkannya bererti dia meruntuhkannya )."

UNTUK MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT :

.Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang afdal di dalam masjid )
.Menjaga makan dan minum agar terjamin halalnya.
.Membanyakan sedekah kepada fakir miskin.
.Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air kecil.
.Memahami segala bacaan dalam solat.
.Membaca surah al-Nas ,selawat dan istighfar sebelum mengangkat takbir.
.Mengingati mati dan membanyakan bahawa itulah solat yang terakhir.


Ahad, 18 Mei 2014

SI PENDUSTA YANG BERKATA BENAR


  Pada satu bulan Ramadhan , Abu Hurairah  r.a pernah di tugaskan oleh Rasulullah s.a.w  untuk menjaga hasil zakat yang dikutip dalam bulan tersebut di satu kawasan .satu malam ,seseorang datang ke tempat tersebut dan mencari-cari makanan daripada hasil zakat itu. Abu Hurairah segera pergi ke arahnya dan berjaya menangkapnya, lalu berkata : "Aku pasti akan membawa mu kepada Rasulullah s.a.w. Namun orang itu menjawab : "Sesungguhnya aku sangat berhajat ,dan aku mempunyai tanggungan keluarga .Aku benar-benar berhajat ." Beliau berasa kasihan dengan jawapan itu lantas membebaskannya.
  Keesokan harinya ,Rasulullah s.a.w. bertanya : "Wahai Abu Hurairah ,apakah yang dilakukan oleh      tawananmu malam tadi?""Dia mengadu dengan keperluan yang amat mendesak dan tanggungan keluarga,Lalu,saya kasihan kepadanya dan membebaskannya," jawab Abu Hurairah kepada Banginda.Baginda bersabda;"Sesungguhnya dia telah berdusta kepadamu dan dia akan kembali lagi."
  Beliau sangat yakin dengan jawapan  Baginda bahawa dia akan kembali,dan ketika beliau menantinya dia benar-benar datang semula untuk mencari dan mengambilsedikit makanan.Sama seperti sebelumnya,Abu Hurairah berjaya menangkapnya dan ingin membawanya mengadap Nabi s.a.w.Tetepi,dia tetap memberikan jawapan yang sama dan berjanji tidak akan kembali lagi.Beliau terus melepaskannya dan bertemu dengan Baginda pada keesokan paginya.Baginda bertanya:"Wahai Abu Hurairah,apakah yang telah tawananmu lakukan?"Wahai Rasulullah,dia mengadu dengan satu keperluan yang  amat mendesak serta tanggungan keluarga.Lalu ,saya kasihan kepadanya dan membebaskannya,"jawab beliau.Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:"Sesungguhnya dia telah berdusta kepadamu dan dia akan kembali lagi."Pada malam ketiga,beliau menanti lagi.Benar seperti yang disabdakan Baginda,orang itu datang kembali mencari-cari makanan daripada hasil zakat bulan Ramadhan yang telah dikumpulkan.Beliau berjaya menangkapnya buat kali ketiga dan kali ini beliau nekad akan membawanya menghadap Nabi s.a.w. Namun pencuri itu menjawab:"Lepaskan aku.Aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat yang Allah akan memberikan manfaat kepadamu melaluinya:"Abu Hurairah berkata:"Apakah ia?"Dia menjawab ."Apabila engkau hendak tidur ,bacalah ayat al-Kursi hingga habis.Sesungguhnya engkau akan sentiasa dinaungi dan dalam pemeliharan Allah.Syaitan tidak akan mendekatimu sehingga bangun keesokan paginya."Selepas itu Abu Hurairah membebaskannya.
  Keesokan harinya ,beliau bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya:"Apakah yang dilakukan oleh tawananmu semalam?"Beliau menjawab :"Wahai Rasulullah ,dia mendakwa bahawa dia mengajarkan kepada saya beberapa kalimat yang Allah akan memberi manfaat kepada saya melaluinya.Lalu ,saya pun membebaskannya."Baginda bertanya:"Apakah kalimah itu?"Beliau menjawab :Dia berkata kepada saya :"Apabila engkau hendak tidur ,maka bacalah ayat al-Kursi daripada awal hingga habis Nescaya engkau akan sentiasa berada bawah pemeliharan Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu sehingga keesokan paginya."Baginda bersabda :"Sesungguhnya dia telah berkata benar kepadamu sedangkan dia adalah pendusta.Kamu tahu dengan siapa kamu berbicara sejak tiga malam lalu wahai Abu Hurairah?"Beliau menjawab:"Tidak."Baginda bersabda:"Itulah syaitan."

   PENGAJARAN
1.Ayat al-Kursi mengandungi pelbagai fadilat yang besar.
2.Melazimi bacaan ayat al-Kursi sebelum tidur
3.Sentiasa berlindung dengan Allah s.w.t daripada gangguan syaitan melalui ayat al-Quran.

Sabtu, 17 Mei 2014

UNTUNGNYA MENIKMATI DUHA


Rasulullah  s.a.w.  bersabda  bermaksud ;


    "Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu , setiap tasbih adalah sedekah ,setiap tahmid  adalah sedekah ,setiapa thalil adalah sedekah  dan setiap takbir adalah sedekah, menyeru makruf adalah sedekah mencegah kemungkaran adalah sedekah.Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Duha." (Riwayat Abu Dzar )


NIKMAT SOLAT DUHA:

1.Tidakmasuk dalam golongan yang lalai.

2.Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan .

3.Diperkenankan doa selepas solat sunat duha. 

4.Dimurahkan rezeki.

5.Dipeliharakan oleh Allah s.w.t.

6.Dihapuskan dosa.


Jumaat, 16 Mei 2014

IDOLA SEBAGAI PENDORONG



      Dalam kita  mencari dan memilih seseorang untuk diikuti dari segi pakaian,perbuatan ,ilmu dan    sebagainya,usahlah kita terus di buai dengan kehebatan 'idola semasa'. Sesungguhnya orang yang      'diidolakan ' itu bukanlah menjadi pendorong kita ke arah kebaikan kalau hanya penampilan yang
 menjadi perhatian.
      
      Perlu diingat ,pastikan diri kita mengikut seseorang yang kuat ilmu agamanya sebagai pendorong dan  tetap bertakwa kepada Allah s.w.t. agar kita menerima balasan di akhirat kelak.

     Apa- apa pun ambillah lima kesempatan yang patut dimanfaatkan dengan baik sebagaimana hadis                 Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ," Manfaat lima kesempatan sebelum datangnya lima kesempatan yang 
lain iaitu :

   1. masa muda mu sebelum masa tua mu ;
  
   2. masa sihat mu sebelum masa sakit mu;

   3.masa kaya mu sebelum masa fakir mu.

   4.masa hidup mu sebelum kematian mu dan

   5.masa senang mu sebelum masa sibuk mu.  

Sabtu, 10 Mei 2014

4 KEUTAMAAN ANAK TERHADAP IBU BAPA


  PERTAMA

Kepentingan  menjaga  ibu lebih utama daripada  perang  di jalan  Allah.

 KEDUA

Berbuat  baik  kepada  ibu bapa  mestilah  menjadi  keutamaan  yang  paling  penting  atas  selepas  kewajipan  kepada  Allah  dan Rasulnya .

KETIGA

Reda Allah  adalah  terletak  pada  reda  kedua -dua  ibu bapa  dan  kemurkaan  Allah  terletak  pada  murka  kedua -dua  ibu bapa .

KEEMPAT

Roh  ibu bapa  akan sakit  dan   terseksa  jika  anak-anak  yang  masih  hidup  melakukan  amalan  yang  bercanggah  dengan  islam .


Firman Allah SWT
  
"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah  ;Wahai Tuhanku !Kasihanilah  mereka berdua seperti mereka telah memelihara dan mendidikku
semasa kecil "

Surah al - isra":2
      

BERSEGERA KE MASJID UNTUK SOLAT BERJEMAAH.


Apa yang di paparkan disini ialah cerita mengenai kesungguhan dan keperihatian khalifah Umar B Abdul Aziz     untuk datang awal ke masjid.Kisah ini telah di paparkan oleh Imam Ibnu Saad.
         
      Daripada Sulaiman B Musa : "Satu hari aku telah melihat tukang azan Umar B Abdul Aziz berdiri di hadapan pintu rumahnya sambil memberi salam kepadanya.Pada saat itu Umar B Abdul Aziz merupakan pemerintah negeri Khunasorah.Berkata tukang azan azan itu : "Assalamualaikum Amirul Mukminin Warahmatullah !"Amirul Mukminin Umar B Abdul Aziz tidak menjawab salamnya sehinggalah ketika dia keluar dari rumahnya menuju ke masjid untuk solat berjemaah."

       Allah Akbar !Apa sudah jadi dengan sikap kita semua ?Sentiasa lewat dan terlepas dari solat berjemaah dengan hujah dan alasan terlalu sibuk daripada Amirul Mukminin Umar B Abdul Aziz yang memerintah sebuah negara islam yang cukup besar tetepi masih mampu menjadi orang paling awal sampai ke masjid untuk solat berjemaah ?

Ahad, 27 April 2014

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA


Keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya.Tidak pernah putus asa belas kasih,sayang dan pengorbanan ibu kepada anaknya sejak lahir sehingga mencecah usia insan hingga ke hari ini. Darjat ibu sangat tinggi .Di dalam beberapa surah al -Quran ada ditekankan mengenai keperluan tuntutan anak kepada ibu bapa tetapi penekanannya lebih kepada ibu.

"Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua -dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan. "
                           
                                  (Luqman 31:14 )

Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada Allah.Taat Allah, berbuat baik kepada ibu bapa,Ia perkara yang paling penting selepas taat kepada Allah.Seorang anak pastinya terhutang budi dengan ibunya.Pengorbanan ibu tidak dapat diukur dan dibandingkan.Ia adalah melebihi daripada segala pengorbanan.Cubalah sedaya upaya dan semampu kita untuk membahagiakan hidup seorang ibu selagi mereka berada di sisi kita. Ingatlah , setitik air mata ibu yang tumpah daripada perbuatan sama  pedihnya seperti sebutir peluru yang manembusi dadamu.

" Ibu tiada sutera yang bergitu lembut seperti belaian ibu,
  Tiada tempat yang paling nyaman selain pangkuan ibu,
  Tiada bunga yang lebih cantik selain senyuman ibu,
  Selamat hari ibu kepada yang bergelar ibu dan bakal ibu,
  Untuk kali ini hingga ke akhirnya,"
  Wallahualam.





TASBIH ,TAHMID DAN TAKBIR PENGHAPUS DOSA.



Sebut soal mati ,pastinya ramai  yang takut untuk berhadapan dengannya.Takut dengan azab kubur yang diceritakan dalam pelbagai versi.Takut jua dengan pukulan malaikat Mungkar dan Nakir yang sentiasa setia dengan tongkat pemukulnya.Juga takut dengan keadaan kubur yang bergitu gelap.Apatah lagi mengenangkan  dosa-dosa yang terlalu banyak dilakukan, saat menunggu kematian membuatkan setiap jiwa resah gelisah.

Namun sebagai umat yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan , Allah menunjukkan jalan kepada setiap hamba-hamba-Nya agar sentiasa bertasbih, bertahmid dan bertakbir dengan nama -Nya.Tujuannya untuk apa ? Tidak bukan adalah sebagai penghapus dosa-dosa yang kita lakukan sama ada secara nyata mahupun tersembunyi.

Yakinlah,  bahawa Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani. Usah buruk sangka kepada Allah kerana Allah tidak seperti manusia yang ada kala masih menyimpan perasan dendam sekalipun permohonan maaf telah di buat.

Dalam sebuah hadis ada menyebutkan , daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a,w. baginda bersabda, "Barang siapa membaca tasbih (Subhanallah )setiap selesai solat sebanyak 33 kali ,dan membaca tahmid (Alhamdulillah ),33 kali, serta membaca takbir (Allahuakbar )33 kali, kemudian disempurnakan yang ke 100 dengan membaca , "Laillaha illallahu wahdahu la syarikalahu mulku walahul hamdu,wa hua, "ala kulli syai 'in qadir',akan diampunkan segala kesalahannya walaupun sebanyak buih lautan." HR Muslim.


Rabu, 23 April 2014

ISLAM MENGGALAKAN KESEDERHANAAN.



Riwayat ;Al -Ibn -Najjar,

Kategori ;Akidah,

Hadith;

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya ;Allah memberikan Rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari  harta dengan jalan halal dan  membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.

Huraian Hadith ;

1)Pengawalan terhadap keinginan dan desakan hati adalah amat perlu sebagai satu cara untuk mengawal
 nafsu boros.

2)Rezeki dan kemewahan hidup semuanya datang dari Allah S.W.T.Oleh itu sikap berlumba-lumba mengumpul  harta dan kemewahan harus dielakkan kerana ia menunjukkan sikap rakus dan boleh memberikan risiko yang tidak baik dalam perhubungan sehingga menyebabkan berlakunya permusuhan sesama sendiri.

3)Cara membelanjakan harta menentukan hidup seseorang itu berkat atau tidak di mana kehidupan tidak akan menjadi tenang jika harta disalurkan atau  digunakan pada perkara-perkara yang haram dan tidak halal.

4)Bersederhana dalam berbelanja bermaksud bahawa seseorang itu apabila berbelanja dia tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kedekut tetapi berada di tengah-tengah antara dua keadaaan tersebut.
(Rujuk Surah Al -Furqan ;67 )

BERITA KEMATIAN WARGA PNM POSMALAYSIA



Adalah dengan dukacitanya di maklumkan seorang kakitangan warga PNM Shah Alam yang bertugas di unit Posdaftar iaitu En Shaharuddin B Zainal Abidin (NP 12880) telah kembali ke Rahmatullah pada malam semalam, 22 April 2014 (Selasa )jam 10 malam  di HKL setelah koma dari 27 .01.2014 hingga 22.04.2014 akibat darah tinggi.

Jenazah beliau telah di kebumikan  di Tanah Perkuburan Islam Tmn Ibu Kota Kuala Lumpur, Jam 11 pagi pada 23 April 2014.Marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yangberiman.

AL -FATIHAH.

Sabtu, 19 April 2014


INDAHNYA AHLAK NABI S.A.W.

RASULULLAH MERUPAKAN UTUSAN ALLAH YANG PENUH DENGAN KEMULIAAN YANG TERSENDIRI.BAGINDA DILANTIK MENJADI RASUL UNTUK MENUNJUKKAN TELADAN YANG BAIK KEPADA UMAT MANUSIA.DEK KERANA ITULAH BAGINDA MEMILIKI AKHLAK YANG SANGAT INDAH.MENURUT IMAM GHAZALI DI DALAM KITAB KARANGANNYA IHYA'ULUMIDDIN,BELIAU ADA MENYENARAIKAN AKHLAK -AKHLAK INDAH YANG DIMILIKI BAGINDA S.A.W .ANTARA 10 AKHLAK TERSEBUT IALAH ;

1)Tangan baginda tidak pernah menyentuh kulit perempuan yang bukan hamba ,isteri atau bukan mahramnya.

2)Baginda s.a.w. sangat dermawan.Baginda tidak menyimpan wang satu dirham pun di rumahnya.Jika memiliki lebihan wang dan tidak menemukan orang hendak di berinya,maka baginda tidak                                                  akan membawanya masuk ke dalam rumah, sehinggalah baginda dapat mengaturkan pemberian kepada sesiapa yang memerlukan.

3)Baginda tidak pernah makan hingga berlebihan ,dan hanya makan kurma serta gandum sebagai makanan asas.

4)Biasanya Nabi s.a.w. sentiasa membaiki sendiri capalnya yang rosak.Menjahit dan menampal baju jika koyak tampa di bantu oleh isteri -isterinya.Bahkan sering membantu isterinya masak dan membasuh.

5)Baginda s.a.w. sentiasa memenuhi undangan tampa mengira status sekalipun yang mengundangnya seorang hamba atau fakir miskin.

6)Baginda sentiasa tersenyum .Baginda hanya akan marah demi menegakkan agama Allah dan bukan demi membela kepentingan diri sendiri.

7)Menjenguk orang sakit juga amalan yang biasa baginda s.a.w. lakukan,sekalipun rumah pesakit tersebut terletak jauh dari Kota Madinah.

8)Baginda suka dengan bauan yang wangi dan sentiasa berwangian sekalipun berada di rumah.

9)Baginda sesekali bergurau ,tidak menyatakan kecuali yang benar sahaja.Apabila tertawa baginda mengeraskan suaranya.

10)Baginda sentiasa bersifat adil kepada isteri-isterinya,sahabat-sahabatnya waima kepada hamba-hambanya tampa mengira lelaki atau wanita.

Ahad, 2 Mac 2014



10 TIPS MEMBUKA LUAS PINTU REZEKI.


1)Allah sentiasa di hati,

2)Rajin bersedekahdan sentiasa memenuhi tuntutan zakat,

3)Menjalinkan dan mengeratkan silaturahim,

4)Sentiasa bersukur,

5)Membantu mereka yang di dalam kesusahan,walaupun diri sendiri dalam kesusahan juga,

6)Membantu mereka yang menuntut ilmu pada jalan Allah,

7)Banyak berdoa dan berzikir,

8)Sentiasa beristighfar dan bertaubat,

9)Menunaikan tuntutan wajib dan sentiasa rajin melaksanakan yang sunat bahkan menjadikan amalan harian,

10)Berusaha sepenuh gigih kemudian bertawakal kepada Allah,
KEMALANGAN MAUT DUA KAKITANGA  POS MALAYASIA
Tanggal 27/2/14 posmalaysia di kejutkan dengan satu tragedi yang menyayat hati seluruh warga posmalaysia,kejadian kemalangan maut dua anggota pos allahyarham Hasmadi B Safar dan Allahyarham Mohd Shahrim B Mohd Saad yang terkorban apabila kenderaannya terbakar akibat perlangaran dengan sebuah lori trela yang terbabas di lebuhraya utara selatan (plus) jam 4.00 pagi.Kedua-dua Allahyarham terkorban di tempat kejadian .Salam takziah dari kami warga posmalaysia dan semoga roh  mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.Marilah kita sama-sama sedekahka  Al -Fatiha buat kedua -dua roh mereka...
AL- FATIHA.




DOA RASULULLAH (S.A.W) DI PAGI HARI


YA ALLAH SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON KEPADA MU KEBAIKAN HARI INI,KEMENANGANNYA PERTOLONGANNYA,CAHAYANYA,KEBERKATANNYA,DAN PERTUNJUKNYA.
DAN AKU MEMOHON PERLINDUNGANMU DARI KEJAHATAN YANG ADA DIDALAMNYA DAN KEJAHATANYANG ADA SESUDAHNYA.

Selasa, 21 Januari 2014

Rabu, 8 Januari 2014

Selasa, 7 Januari 2014