Selasa, 2 September 2014

TAKWA & PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Daripada Abi Najih"irbadh bin Ariyah r.a. berkata : "Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan airmata kami ketika mendengarnya,lalu kami berkata; Ya Rasulullah ! Seolah - olah ini adalah nasihat yang  terakhir sekali maka berikanlah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba.Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak.Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar )dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.
                                                                                             H R ABU DAUD DAN TARMIZI



KETERANGAN .

Hadis di atas mengandungi pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah s.a.w.

1. Hendaklah bertakwa kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjahui segala laranganNyaan
2. Mentaati pemerintah dan penguasa walaupun mereka adalah daripada golongan hamba asalkan mereka berpegang dengan al-Quran ,sunah Nabi s.a.w. dan sunah-sunah khulafah Ar Rasyidin.
3. Berpegang teguh kepada sunah Nabi s.a.w. dan para khulafah Ar Rasyidin Al Mahyidin (Abu Bakar,Omar,Osman dan Ali r.a.)yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t. iaitu berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunah wal jamaah yang mana  hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
4. Menjahui perkara-perkara bid'ah dholalah ,iaitu apa jua fahaman dan amalan yang bercanggah dengan ajaran agama islam.


 

Tiada ulasan: